Kawan dengan Sahabat tu sama ke?
Saturday, 12 April 2014 | 0 comments
Assalammualaikum. Helllooooooo. Do you wanna read my entryyy? *ikut rentak mcm cerita Frozen* Ok, nak tanya ni kawan dengan sahabat tu sama ke? Dari segi maksud sama. Tapi dari segi istilah dia lain tau. Ha amboi dah mcm belajar agama kan. Gitu. Ok korang mesti ada kawan/rakan/sahabat/bitches/babe dan segalanya yang sewaktu dengannya. Ialah dalam dunia ni siapa je boleh hidup tanpa rakan? Even dia tu alone dia mesti cari kawan. Kawan ni tak semestinya manusia. Kadang2 burung, itik, kambing, unta pun boleh jadi kawan kita. Haaa, kita semua mesti ada kawan yang bermacam macam character dan fungsinya? Ala biasalah, kalau manusia satu character je mesti bosan. Soo, meh aku huraikan jenis character kawan kawan, sahabat sahabat aku. Mana tau kawan kita ni sama character dengan perangai kawan awak kan? *winkk*
First-
Kita mesti ada kawan yang jenis selalu ada untuk kita, selalu ada masa happy&sedih. Kira dia ni lah yang paling memahami kita. Dia tak pernah berkira tentang duit dan kekurangan kita. Dia selalu buat kita ketawa. Yep, ive one. The one and only one. Aku tak suka ada ramai kawan yg jenis mcm ni. Sebab aku takboleh nak sayang org ramai ramai nanti mulalah, tak kena itu, tak kena ini. Susahtau.
Second-
Kawan yang selalu support kita dari belakang. Bila kita perlukan nasihat dia selalu muncul. Tapi bila kita senang dia jarang ada dgn kita nak raih kebahagian tu sama sama. Aku ada banyak kawan yg macam ni. Depe ni macam dianugerahkan utk bantu aku dlm kesusahan. Haa macam tulah kiranya. Selalunya depe ni lagi tua dr aku. Kira stock stock kakak/abang angkatlah. Haa gitu.
Third-
Kawan yang selalu cakap belakang, kutuk kita, maki kita dengan kawan yang lain. Padahal depan kita dia baik je. Pijak semut pun tak mati. Tapi bila kat belakang amboi kau jah tak kenal Syurga, Neraka dah ke? Haaa, tapi walaupun kita tahu dia ni suka cakap belakang kita still kawan dgn dia. Sebab tak sanggup nak buang dia dr hidup kita. Sebab mungkin faktor dah lama kenal. Mungkin. Ehem aku banyak stock kawan mcm ni. Tapi takpelah, tak kisah pun. Kau tetap kawan aku. InshaAllah.
Fourth-
Kawan biasa. Kawan yang biasa biasa je. Muka dia yg ada waktu kita sedih/senang. Tapi kita tak pernah anggap dia special sebab kita sibuk nak anggap org lain special. Ha faham tak? Aku pernah la realize aku banyak kawan mcm ni. Tapi aku sibuk dok anggap org lain special sampai aku tak kisah pasal depe ni. Tapi depe chill je ada sebelah aku waktu aku sedih/susah. Terima kasih semua.
Fifth-
Kawan yang palinggg special. Biasanya lain jantina lahkan. Pakwe/Makwe/Crush/Teman Tapi Mesra and sewaktu dengannya. If you're in relationship depe ni akan jadi yang kelima bagi korg. Itu pun kalau still anggap Allah yang pertama, Rasul Kitab Malaikat yang kedua, Family yang ketiga, bestfriends yang keempat dan mereka yang bertuah ni sbg yang kelima. Ayat "you're the one and only in my heart" tu SUMPAH MENIPU OK. Mak ayah hang campak mana? Tuhan yang ciptakan hang, hang campak mana? Ok fikir balik bila nak text gf/bf hang ok. Hahaha. NI tips ja.
Sixth-
Kawan dalam media social. Selalunya palfriend lah kan. Sorang duduk Perak sorang lagi duduk Sabah. Haa centulah. Tapi bila dah jumpa mula mula awkward, then bila dah lama lama timbul la pelbagai perasaan.
Okay semua yang di atas ialah jenis character kawan yang aku ada. Depe semua berperangai baik baik belaka. Tapi kadang2 menyetan jugak. Biasalah manusia mana perfect. But we'll try to be. InshaAllah. Terima kasih luangkan masa anda membaca. Kalau ada nak tambah apa apa sila simpan dalam hati ok. Hahaha. Oklah aku pun dah taktau nak hurai apa. So bye! Have a blast people. Muah assalammualaikum xox.


