New knowledge
Tuesday, 8 April 2014 | 0 comments
Hi. Assalammualaikum. Nak share pengalaman yang agak manis masa dekat kem.Kem tu hari jumaat lepas solat Jumaat. Mcm biasalah aku dgn kelam kabut beli barang masak utk masak dekat kem. Kali ni macam kena sara diri jugaklah. Ceh, sara lah sangat kan. Okay pukul 3 kena ada dekat sekolah. Pukul 4.30 pendaftaran dekat KV Sepang.
Dah habis daftar semua, Ustaz yang urus kem tu bahagikan kami kepada beberapa patrol. Biasalah en Ustaz so dia bagi lelaki perempuan asing group. Ceh takleh nak ngorat. Hahahaha jk. Aku patrol 11. Baru awok ni tahu Jenderam tu dalam area Sepang. Hahahahaha teruk benor awok punya Geografi ni. Hm tau tau.
Lepas dah habis sesi taklimat, kitaorg pergi dirikan khemah. Haaa masa ni lah nak hujan dgn selebat lebatnya. Pasang la khemah tu sambil berbasahan. Memang best gilaa aaa. First aku sebasah tu dgn full uniformnya. Best best. Best sampai nak nangis. Cuak semua ada. Sebab taktau nak tidur malam mcm mana. Lps tu kami Solat Maghrib dan Isyak. Ada dua activity malam tu. Dia tunjuk slide show pasal Tugas Ketua Patrol. Perhh ngantuk dia kau jgn cakap. Aku tersengguk sengguk dengar. Sumpah ngantuk dahlah petang kena hujan. Badan penat semacam la cerita dia. Lepastu activity kedua dia suruh buat tripod. Ala yang guna buluh tu. Abang kelana yang ajor kami tu memalu je. Lepas dah lama haaa amik kau. Best gila kenal dia. Kelana depe lelaki tau. Semua handsome. Wiwiwiwi.
Second day, pagi pagi kena bangun AWAL gila. Tidur pukul 2;30pagi bangun pukul 6pagi. Sepatutnya 5 pagi tapi aku dah terlajak. Hahaha kesah apa. Eyebag tu kau jgn tanya aaa. Tapi second day ni aku excited gila sebab mcm dah last day.Bak kata Atiqah 3hari kat sana mcm 3 tahun. Hahahaha amboi. Nampak sgt homesick. Aah mmg homesick. Pagi tu kami kena masak breakfast sendiri. Masak nasi goreng dgn telur dadar. Dap gila nyum. Hahaha lepas tu ada aktiviti kawad tongkat. Haaa ni la new KNOWLEDGE yang aku belaja. Ingat susah tapi alhamdulilah senang. Sampai sakit peha gua skrg ni. Effect dari bangun duduk bangun duduk. Pehh. Then kena masak makan tgh hari. Ni best sbb abg kelana yg handsome tlg kami. Hehehehehehe dia sporting gila kot. Mcm caring kt group kami. Hahaha Ish best aaa x). Then ada aktiviti simpulan dgn ikatan which is aku selalu lembab lembab siput dalam bab ni. Tapi dgn bantuan kelana alhamdulilah okay jugak akhirnya. Terima kasih! And thee lassttt, malam kebudayaan. Tapi sebelum tu kena masak dinner. Time tu ahli patrol aku semua takmau makan. Adalah berapa org je yang nak. So kami masak simple je. Ada barbeque tau malam tu. Sedap! Lps dinner baru malam kebudayaan. SO far okay. Tapi tak berapa nak friendlylah dak dak Sepang ni. Hahaha aku pun en :3
Third day LAST DAY!! Biasalah excited nyaaa nak balik. Rindu rumah rindu daddy rindu mama rindu bantal busuk rindu phone rindu dia. Eh hahaha yang last tu tipu. KOT. Ok dah abaikan. Pagi tu sarapan disediakan oleh Kelana. Sedap dia masak. Boleh buat suami. Hahahaha. Lepas tu istiadat. Then preparation. Suruh kami turun khemah. Then tukar unifrom. Pastuuuu raptai utk majlis penutupan. Then Majlis penutupan. Haaa aku nak cepat cerita banyak gila aku dah potong cerita. Sbb ngantuk nak type. Hahaha sorry. Tapi kem tu mmg best. Banyak benda aku belajar. Aku belajar move on kat situ lah. Ceh. Aku belajar sabar pasang khemah. Hehehehe. Alhamdulilah.
Okaylah dah ngantuk bye bye. InshaAllah nanti aku update lagi pasal benda lain. Selamat malam semua org. Night!




